NORTHERN TECHNOLOGY

Northern Technology sebuah syarikat yang diusahakan sepenuhnya oleh bumiputera merupakan 'bengkel anak angkat' kepada Jabatan Perikanan Malaysia dan mendapat bimbangan dan pemantauan sepenuhnya oleh Jabatan Perikanan Malaysia.Syarikat ini di tubuhkan pada tahun 2006 mengusahakan pelbagai produk berasaskan Fibreglass .
We are under guidance of Malaysia Fisheries Deparment.
Specialise in making fiber boat and fiber fabrication.
Please contact us for more information.

Our Location

Our Location



Box

Saturday, October 18, 2008

Catamaran






Northern Technology telah membina sebuah catamaran untuk kerja - kerja pembersihan sampah laut untu kegunaan Pertubuhan Peladang Kawasan Seri Pulau, P.Pinang.

Kerja Pembersihan tersebut telah ditawarkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Seri Pulau P.Pinang oleh Kerajaan Negeri P.Pinang pada tahun 2000.

Pada peringkat permulaan kerja tersebut menggunakan sampan dan mengangkat sampah dengan menyauk sampah menggunakan 'butterfly net'sahaja.

Walaubagaimanapun pada tahun 2003, kerajaan Negeri P.Pinang telah mengarahkan supaya Pertubuhan Peladang Kawasan Seri Pulau P.Pinang meningkatkan kualiti pembersihan dengan menggunakan teknologi yang lebih inovatif untuk membersihkan kawasan tersebut.

Pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Seri Pulau P.Pinang telah meninjau 2 negara yang telah menggunakan 'catamaran' untuk kerja - kerja pembersihan pelabuhan mereka. 2 negara tersebut ialah Pelabuhan Liverpool, England dan Pelabuhan Keppel, Singapura.
Namun, atas faktor kewangan yang kurang mengizinkan, maka cadangan tersebut ditangguhkan dahulu.bercadang membeli bot 'catamaran' mdari Biker's Paradise hingga ke Jeti Hyundi Batu Uban P.Pinang.

Apabila Northern Technology memdengar peluang tersebut, kami telah berhubung dengan pihak lembaga pengarah, pihak pengurusan Pertubuhan Peladang Kawasan Seri Pulau, Pihak Majlis Perbandaran P.Pinang, Dan Kerajan Negeri P.Pinang untuk mencadangkan supaya menggunakan juga teknologi tersebut tetapi dengan sedikit modifikasi, material yang lebih jimat dan kepakara dan tenaga kerja tempatan.

Setelah beberapa siri perbincangan antara Northern Technology dengan pihak pengurusan Pertubuhan Peladang Kawasan Seri Pulau, Pihak Majlis Perbandaran P.Pinang, dan Kerajan Negeri P.Pinang, akhirnya Northern Technology telah diberikan sepenuh kepercayaan untuk merancang, merekabentuk dan membuat sebuah 'catamaran' dengan menggunakan fiberglass.

Atas kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak kami telah bersungguh - sungguh menyahut cabaran ini dan dalam masa 2 bulan telah berjaya menyapkan satu unit 'catamaran' untuk melakukan kerja - kerja pembersihan laut di P.Pinang.

Sehingga sekarang operasi pembersihan sampah terapung di laut P.Pinang masih lagi dijalankan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Seri Pulau dan mengikut data yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandara P.Pinang, terbukti peningkatan pungutan yang amat ketara dilakukan dan kebersihan laut bertambah baik.

Di bawah ini adalah gambar kerja - kerja pembihaan 'catamaran' sedang dijalankan.

Read more...

JPS MALAYSIA

JPS MALAYSIA

Police Marine

Police Marine

About This Blog

KPSP MALAYSIA

KPSP MALAYSIA

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP